Blogger Backgrounds

19 March 2012

Bingkisan ingatan buat Suami & Bakal Suami..

Assalamualaikum sahabat..

Hari ini 19/03/2012 (Isnin)...aQu terpanggil untuk mencurah sedikit ilmu hasil bacaan Qu...ingatan buat suami & bakal suami ini aQu peroleh dari buku yang bertajuk "Ya ALLAH, Aku Tak Ingin Sendiri"...

Tulisan ini juga, Qu kira merupakan idea selepas menghadiri majlis pertunangan sepupu terrrraapat aQu, Norhanisa & Mazrim...Moga Qau dan Tunaganmu peroleh keberkatan dan Redha yg esa...
Moga hubungan yg terjalin itu, bakal memberi kalian kebahagiaan yg membawa ke Syurga Ya RAbb..

Pada pendapatQu, untuk membina sebuah mahligai masjid bukanlah mudah...harus memikirkan bukan hanya cara membahagiakan suami/isteri, malah harus berfikiran lebih jauh, iaitu cara membahagiakan bakal anak-anak & cucu-cucu kita...

Dalam pada itu, faktor-faktor lain turut diambil kira, terutamanya kepada pihak suami, yg dilihat tanggujawab  besar bakal dipikul...Golongan mulia ciptaan ya MaliQ ini, wajib memberi didikan bukan sahaja kepada anak-anak, malah isteri juga harus dipimpin kearah apa yg telah ditetapkan oleh SYARIAT...Kelak diakhirat akan dipersoalkan apa yg telah mereka berikan kepada para isterinya...Wah! terbayangkan tanggungjawab kalian (para suami), terasa sgt ingin membantu kalian..Moga Allah permudahkan Semua Para Isteri!

Izinkan aQu berkongsi pengetahuan milik Ya A'lim ini..Seorang Suami itu harus memiliki sifat-sifat berikut :

1) MELAYANI ISTERINYA DENGAN BAIK - Layanan dan Kasih sayang yg diberikan menunjukkan kalian menghormati isteri kalian sbg teman & sahabat diperlukan saat susah & senang. Segala kekurangan isteri diterima dengan hati yg TABAH & REDHA.

2) MENGASIHI ISTERI SEPERTI DIRINYA SENDIRI - Suami baik & ideal adalah seorang yg tidak terlalu cemburu, tidak menyimpan rasa curiga dan tidak bersifat keterlaluan dalam segala sesuatu. Memberi sepenuh kepercayaan kepada isteri, disamping melindungi maruah dan kehormatan dirinya. Juga mudah berlapang dada dan bersedia membantu memperbaiki kekurangan dan kelemahan isteri.

3) MEMULIAKAN ISTERI - Berbicara dan berkomunikasi dengan baik dalam setiap keadaan.  Mengucapkan kata-kata yang menenangkan isterinya.  Pandai mengambil hati isteri tatkala isteri menghadapi tekanan emosi @ kepenatan.

4) MEMENUHI HAK ISTERI SESUAI DENGAN SYARIAT ISLAM - Sabda nabi "Hendaknya org yg mampu menafkahkan kepda isterinya menurut kemampuannya. Dan orang yang sedikit rezekinya, hendaklah memberi nafkah sesuai yg ALLAH berikan." Justeru, suami perlu memberi belanja yg cukup, pandai berjimat ikhlas memberi kpd isterinya sesuai dengan garis kesederhanaan.

5) SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN DAN BERHIAS UNTUK ISTERI - Seperti yg dituntut ke atas isteri, suami juga dituntut untuk berhias dan berhadapan dengan isterinya dengan bersih dan kemas tanpa mengurangkan sifat kelakian dan kewibawaannya. Sabda nabi "Cucilah wahai lelaki pakaianmu, pakailah minyak rambut, bersihkan gigimu dan bersucilah kerana Bani Israel tidak melakukan hal ini kepada isteri mereka."

6) MEMELIHARA RAHSIA RUMAHTANGGA - Suami yg baik mampu menjaga kerahsiaan rumahtangga dan tidak mudah disebarkan kepada orang lain.  Termasuklah kelemahan isterinya sendiri. Sebaliknya, Baginda Nabi juga cuba menyelesaikan segala permasalahan yg dihadapi dengan bijak dan berhikmah.

Sahabat sekalian dan juga suami & bakal suami, sesungguhnya kaedah pertemuan antara dua insan sebelum perkahwinan akan menetukan nilai dalam kehidupan rumahtangga nanti.  Apabila pasangan itu bertemu dulu bukan kerana ALLAH, maka segera perbetulkannya mengikut syariat Islam.

Okey, itulah sedikit sebanyak apa yg tertulis di dalam buku "Ya Allah, aku tak ingin sendiri"..Dikesempatan ini, Terima kasih diucapkan buat NAJAH & HIDAYAH sebab menggalakkan saya beli & baca buku ini..ternyata banyak ilmu yg menarik didalamnya...Ucapan syukur & Tertinggi2 Terima Kasih juga kehadrat ilahi, diberi peluang untuk mengutip serpihan ilmuNYA yg xterjangkau luasnya..

Yang Baik dari Allah..Yg Kurang hanya dari diri ini...Jumpa lagi!