Blogger Backgrounds

12 June 2012

Nasihat buat diri..

Assalamualaikum..Setelah jutaan detik tidak meninjau ke alam maya ini..kelihatan habuk & bersawang ruangan ini...maka,hari ini 12/06/2012 akan sy bersihkan segala habuk & sawangan ini..hihihi..

Formally hampir 3weeks sy dah xon FB..so far,okey la...sy tidak nafikan,melalui FB sy tau berita2 hangat kwn2..baik berkenaan perkahwinan,kesakitan,kematian mahupun perjumpaan beramai2...pendek kata,byk info kwn2 mudah sy dpt melalui FB..tetapi,dlm byk aspek kebaikan itu,wujud juga aspek negatifnya...macam2..sehinggakan sy melihat,ada segelintir org yg terdekat sy ni,menjadikan FB sebagai "hidup" dia...sehinggakan, tidak ngadap FB beberapa detik pn dh bingung..bosan and pape lah..Fuh! rentetan itu,sy mengambil keputusan utk "say no for FB"...Sy biasa hidup tanpa FB..bisa hidup bersama khabar para sahabat melalui medium lain..selain FB...cukup pasal FB...saya xsuka FB..!

Next story..sy suka utk bercakap berkenaan hijrah...Jika kita lihat di akhbar,kaca TV, radio dan lain2 medium komunikasi...kita dipaparkan dgn cerita artis hijrah..dari tidak bertudung kpd menutup aurat..muslimah gtu...alhamdulilah..rata2 mereka mendapat hidayah allah dgn pelbagai cara...Namun, jgn kita alpa..tidak semua yg tidak bertudung itu jahat & teruk...kadangkala,yg bertudung litup menutup aurat juga melakukan perkara yg tidak enak dilihat hatta didengar pn..Kerana harus kita percaya bahawa syaitan sentiasa & tidak pernah putus asa memperdaya dan cuba menguasai diri kita...kerana manusia itu istimewa..dilahirkan dgn nafsu & akal..itulah yg membezakan manusia dgn yg selainnya...

Saya juga tidak terlepas dari godaan mereka laknatullah itu...pernah lemah & leka sehingga tersungkur ke lembah yg hina...pernah sakit & kritikal dlm jalan menuju syurga allah...Diri ini juga seringkali meronta utk kembali kearah jalan2 syurga..namun, tipu daya syaitan terlalu besar sehingga sy malu dgn diri sndiri...

Allah itu maha mengasihi dan maha pengampun...saya yakin..selagimana hati ini sedar,sedih,menangis dan igt atas keterlanjuran lalu..itu bermakna allah masih lihat & sayangkan sya lbh dr segalanya..dia tidak mahu sy terus leka dgn nfsu & dunia..diberinya sy kesedaran @ hidayah....Sehingga hari ini..barulah sy dpt merasakan dan faham apa yg dikatakan "BENCI KERANA ALLAH".."BERPISAH KERANA ALLAH"...

Kalian pernah x merasakan sayang pd sesuatu bnda tu,tp kalian terpaksa membuang @ memberi kpd org lain krn brg tersebut tidak membawa kalian kesyurga allah..sbg contoh pakaian anda yg pernah anda syang..dan mempunyai sentimental value..mungkin gaji pertama kalian membeli barangan tersebut,mungkin juga seseorang memberi kpd kalian..hehehe...

Apapun, perkara yg ingin sy smpaikan adalah kadangkala dalam kehidupan kita ni,kita terpaksa ambil tindakan yg menyakitkan...kita terpaksa menafikan perkara yg kita rasa...bertujuan hanya kerana allah..kita terpaksa menghadapi saat sukar utk melaksanakan sesuatu demi kebaikan akhirat..kerana hidup ini hanya sekali..walau sesaat kita tidak akan mendapat kehidupan kali kedua didunia ini..ada hadis menyebut bahawa manusia apabila telah kembali kpd allah..akan merayu kpd allah agar dilemparkan kebumi walau sesaat hanya utk beribadat kpd allah..itulah tnda penyesalan diakhirat nnti...sedangkan didunia pn,kalu diberi pluang,mahu saja kita kembali ke zaman kanak2,remaja,dewasa...krn saat tuanya dihimpit rs sesal..manakala,yg tiada ayah ibu,mahu saja teriak agar dikembalikan ayah ibu utk mereka berbakti kpd keduanya...itulah metafora yg dpt sy gambarkan penyesalan yg bakal kita rasa andai skg ni kita tidak memanfaatkannya..

Dalam pd itu, sukalah sy utk mengingatkan diri bahawa berlumba-lumbalah utk tergolong dlm golongan yg sedikit, krn yg sedikit inilah tidak ramai manusia yg pandang...Berlari-larilah mendapat tmpt dikalangan yg ganjil, krn yg ganjil inilah yg sgt istimewa...Mengapa sy kata begitu ya??apa yg sedikit??apa yg ganjil??

Ayuh! kita fikirkan sejenak...apabila kita renungi ayat2 & ingatan2 allah...ada tercatat bahawa SEDIKIT golongan yg berjaya masuk kesyurga tanpa seksaan neraka..tanpa hisab yg pnjg...bermakna kecil bilangan mnusia yg mengejar syurga allah..dan saya nekad utk tersenarai dlm bilangan yg kecil itu...Bahkan, didalam alQuran juga tercatat bahawa GANJIL bilangan manusia yg berjaya menikmati syurga allah....Secara logiknya,Gambaran yg dpt sy berikan adalah didalam dunia ini sahaja...tidak semua manusia itu OKU..nah! itu saja sudah memberi gambaran bahawa SEDIKIT & GANJIL bilangannya..dan mereka adalah yg ISTIMEWA..itulah istilah yg tidak asing diberi kpd golongan tersebut...kan??

maka, Azmira...semoga kamu kuat & tabah hadapi episod hijrah kamu ini..moga kamu diberi hidayah yg berpanjangan oleh allah..semoga kamu dipertemukan jodoh dgn insan yg mampu memimpin kamu ke jalan menuju syurga allah...moga kamu sentiasa dikelilingi positive energy dan org2 yg sama matlamat dgn kamu...moga tiap saat senyuman indah yg mngukir diwajahmu..tiada lagi senyuman mainan utk kamu pertontonkan...Moga syurga bahagia akhirat & dunia mnjadi milik kamu..Azmira!