Blogger Backgrounds

20 March 2012

Bahagia & Gembira Tatkala Di Uji..

Assalamualaikum..
Alhamdulilah...Masih lagi diberi kesempatan melayari kehidupan yg penuh nikmat hari ini...Apa khabar sahabat sekalian?Wah!  Moga kehidupan hari ini lebih agresif & indah dari semalam ye! Hari ini aQu ingin sekali berkongsi cerita tentang kehidupan pada hari semalam...

Kelihatan sangat seronok bila diuji oleh yg ESA..Seolah-olah diri ini sedang dicabar..sanggup @ tidak harungi 24 Jam kurniaan Ilahi..hehehe...

19 Mac 2012...Seperti hari kebiasaan bekerja..aQu ni suka la balik lewat sikit on Monday until Thursday..sebab balik rumah sewa je..so,dekat la sikit...if Friday, balik kampungQu di Pt. Yaani, maka, on time la balik..hihihi...Takkan balik lewat walau seminit..bkn la berkira, sekadar memikir orang tua di rumah yg menunggu ketibaanQu pulang..hehe..

So, Nak jadikan cerite...Semalam, aQu mcm biasa balik lewat..sekitar jam 6 petang..maklum la, hari Isnin...Kluar dh la 6.00 Petang..siap menyinggah jap di pasaraya KINI...mkn aiskrim perisa pudina..alhamdulilah..sedap sgt! then, singgah lagi, beli nasi lemak kukus lak..sampai rumah ada la dalam 6.45 Petang...

Wah! belum turun kereta lagi, baru aQu teringat, Kunci rumah ada dalam kereta waja...yg aQu sedang pandu tu, Kereta kakakQu (Saga)..huhuhu...Lantas, mulut ni laju je mengucap syukur...alhamdulilah..Allah uji aQu lagi, setelah berbagai ujian jga telah aQu tempuhi dalam jam2 sebelumnya...

Stlah itu, aQu terus hubungi mak, menyatakan aQu pulang ke Kampung & akan sampai lewat..Sekitar Jam 9 mlm...Kerana terpaksa singgah di Batu Pahat dahulu...ambil kunci di dalam kereta Waja..memandangkan kereta tersebut ada pada kakakQu..

Alhamdulilah..seperti yg Qu Jangka, Tepat jam 9 mlm..aQu tiba di rumah...Alhamdulilah..Badan dan Kepala ni langsung xrasa letih & penat...Terima Kasih Allah! aQu berjaya melepasi ujianmu..moga markah yg terbaik dapat Qau berikan Keatas diriQu yg Kerdil Ini!

Para sahabat sekalian, apa yg dapat aQu kongsikan hari ini adalah tentang kuasa minda kita..The Power of Mind..Sedarkah kalian, minda kita berkuasa menguasai diri dan keadaan yg akan berlaku...sebagai contoh, aQu bgtau mak, aQu akan smpi jam 9 mlm..disitu, aQu telah set time bahawa aQu nk smpi jam 9 mlm..yg penting, harus disertakan sepenuh kepercayaan atas apa yg kita inginkan, pasti akan berlaku..

Disini juga, ingin aQu ingatkan..Andai sebesar mana pun dugaan yg datang dlm hidup ni, terimalah dugaan tersebut dengan hati yg ikhlas, terbuka, redha & gembira..kerana implikasinya keatas diri kita juga...seperti yg aQu kata td, Badan dan kepala xkan rasa tertekan..malah, pasti akan ada Kelebihan yg tersendiri diatas dugaan dan ujian tersebut..

Tekankan dalam minda bahawa ujian & dugaan tersebut adalah untuk meningkatkan jati diri kita kearah yg lebih baik..Ia juga dilihat bisa memberikan nilai yg positif keatas tumbesaran diri dan kehidupan kita...Yang penting, fikirkanlah, adakah 24jam yg Allah beri pada kita ni, kita gunakan dengan mengingat die?kalau bukan dgn cara berzikir, mengingati dia dalam keadaan diuji juga merupakan ibadat...Jadikan 24jam dalam hari-hari kita adalah ibadat..walau sesaat kita ingat, pasti allah ada dengan kita setiap saat...betapa Allah itu maha arrahman & arrahim!

SEKIAN!


Looking for the broadband plan with most value for money?

Looking for the broadband plan with most value for money? #P1OnePlan gives you 3 services from RM59 only! i'm the user of this..try!!

19 March 2012

Bingkisan ingatan buat Suami & Bakal Suami..

Assalamualaikum sahabat..

Hari ini 19/03/2012 (Isnin)...aQu terpanggil untuk mencurah sedikit ilmu hasil bacaan Qu...ingatan buat suami & bakal suami ini aQu peroleh dari buku yang bertajuk "Ya ALLAH, Aku Tak Ingin Sendiri"...

Tulisan ini juga, Qu kira merupakan idea selepas menghadiri majlis pertunangan sepupu terrrraapat aQu, Norhanisa & Mazrim...Moga Qau dan Tunaganmu peroleh keberkatan dan Redha yg esa...
Moga hubungan yg terjalin itu, bakal memberi kalian kebahagiaan yg membawa ke Syurga Ya RAbb..

Pada pendapatQu, untuk membina sebuah mahligai masjid bukanlah mudah...harus memikirkan bukan hanya cara membahagiakan suami/isteri, malah harus berfikiran lebih jauh, iaitu cara membahagiakan bakal anak-anak & cucu-cucu kita...

Dalam pada itu, faktor-faktor lain turut diambil kira, terutamanya kepada pihak suami, yg dilihat tanggujawab  besar bakal dipikul...Golongan mulia ciptaan ya MaliQ ini, wajib memberi didikan bukan sahaja kepada anak-anak, malah isteri juga harus dipimpin kearah apa yg telah ditetapkan oleh SYARIAT...Kelak diakhirat akan dipersoalkan apa yg telah mereka berikan kepada para isterinya...Wah! terbayangkan tanggungjawab kalian (para suami), terasa sgt ingin membantu kalian..Moga Allah permudahkan Semua Para Isteri!

Izinkan aQu berkongsi pengetahuan milik Ya A'lim ini..Seorang Suami itu harus memiliki sifat-sifat berikut :

1) MELAYANI ISTERINYA DENGAN BAIK - Layanan dan Kasih sayang yg diberikan menunjukkan kalian menghormati isteri kalian sbg teman & sahabat diperlukan saat susah & senang. Segala kekurangan isteri diterima dengan hati yg TABAH & REDHA.

2) MENGASIHI ISTERI SEPERTI DIRINYA SENDIRI - Suami baik & ideal adalah seorang yg tidak terlalu cemburu, tidak menyimpan rasa curiga dan tidak bersifat keterlaluan dalam segala sesuatu. Memberi sepenuh kepercayaan kepada isteri, disamping melindungi maruah dan kehormatan dirinya. Juga mudah berlapang dada dan bersedia membantu memperbaiki kekurangan dan kelemahan isteri.

3) MEMULIAKAN ISTERI - Berbicara dan berkomunikasi dengan baik dalam setiap keadaan.  Mengucapkan kata-kata yang menenangkan isterinya.  Pandai mengambil hati isteri tatkala isteri menghadapi tekanan emosi @ kepenatan.

4) MEMENUHI HAK ISTERI SESUAI DENGAN SYARIAT ISLAM - Sabda nabi "Hendaknya org yg mampu menafkahkan kepda isterinya menurut kemampuannya. Dan orang yang sedikit rezekinya, hendaklah memberi nafkah sesuai yg ALLAH berikan." Justeru, suami perlu memberi belanja yg cukup, pandai berjimat ikhlas memberi kpd isterinya sesuai dengan garis kesederhanaan.

5) SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN DAN BERHIAS UNTUK ISTERI - Seperti yg dituntut ke atas isteri, suami juga dituntut untuk berhias dan berhadapan dengan isterinya dengan bersih dan kemas tanpa mengurangkan sifat kelakian dan kewibawaannya. Sabda nabi "Cucilah wahai lelaki pakaianmu, pakailah minyak rambut, bersihkan gigimu dan bersucilah kerana Bani Israel tidak melakukan hal ini kepada isteri mereka."

6) MEMELIHARA RAHSIA RUMAHTANGGA - Suami yg baik mampu menjaga kerahsiaan rumahtangga dan tidak mudah disebarkan kepada orang lain.  Termasuklah kelemahan isterinya sendiri. Sebaliknya, Baginda Nabi juga cuba menyelesaikan segala permasalahan yg dihadapi dengan bijak dan berhikmah.

Sahabat sekalian dan juga suami & bakal suami, sesungguhnya kaedah pertemuan antara dua insan sebelum perkahwinan akan menetukan nilai dalam kehidupan rumahtangga nanti.  Apabila pasangan itu bertemu dulu bukan kerana ALLAH, maka segera perbetulkannya mengikut syariat Islam.

Okey, itulah sedikit sebanyak apa yg tertulis di dalam buku "Ya Allah, aku tak ingin sendiri"..Dikesempatan ini, Terima kasih diucapkan buat NAJAH & HIDAYAH sebab menggalakkan saya beli & baca buku ini..ternyata banyak ilmu yg menarik didalamnya...Ucapan syukur & Tertinggi2 Terima Kasih juga kehadrat ilahi, diberi peluang untuk mengutip serpihan ilmuNYA yg xterjangkau luasnya..

Yang Baik dari Allah..Yg Kurang hanya dari diri ini...Jumpa lagi!